Tuesday, January 19, 2010

Thursday, January 7, 2010

Aku Jatuh Cinta

CHENTA rasa dalam HATI

Sudah lama mencari
Tapi tak ku temui
Rasa yang selalu
Ada di hati
Ada di hati..

Kini aku temui
Jalan cerita cinta
Sekian lama mencari
Cinta..

Dulu cinta
Tiada lagi
Dan aku masih mencari-cari
Kerna hati ku sanggup menunggu
Cinta dari mu
Cinta dari mu...

Memang benar aku sudah jatuh cinta
Memang benar aku hampir jadi resah
Bila cinta dari mu hadir bagai lena dari mimpi
Bagai perasa
Bagai perasa...

Memang benar aku sudah jatuh cinta
Memang benar kata hati ku pada mu
Tapi aku tak kuasa
Mengatakan pada mu
Rasa cinta ku
Rasa cinta ku

Ku akur selamanya..


+Liana Jasmay+

Saturday, January 2, 2010

Masa Terluang

Sebenarnya hari yang sama selepas pergi rumah perkahwinan kawan-kawan, seperti biasa.. masa terluang bersama rakan-rakan pasti ada!. Sekadar nak melepaskan peluang bergembira sebabnya kalau nak jumpa selalu tu memang sibuk masing-masing kan?. After pergi umah Marol kahwin, kami lepak makan cendol dekat stesen minyak gombak :).. haha tapelah.. bagi peluang dekat Deeba & Ong makan cendol.. huhu





Tunggu cikAzreen (Ratu Karok) sebenarnya masa makan cendol ni haha. Aktiviti seterusnya pergi karaoke. Ikut kepala kawan-kawan layankan karaoke memang best kan? layan sampai 3 jam. Kalau Mic dah sampai ke cikAzreen, cikDEEBA, MrOng juga Zain a.k.a DaddyCOOL (datang lambat lah kau) memang macam layan Live band lahh huhu...


Perkahwinan Kawan Teknik

Makin lama makin ramai kawan-kawan dan sahabat handai yang melangsungkan perkahwinan. Tahniah pada "Suzila Mokhtar & Mohd Firdaus Arfaai" dan "Marol & si Isteri". Semoga U olss berbahagia hingga ke anak cucu dan akhir hayat.




Bila fikir-fikirkan balik..bila ya sampai waktu untuk aku?. Mungkin esok, lusa atau tahun seterusnya?. Tak siapa tahu kan jodoh tu datang bila huhu.. Untuk tak memeningkan kepala, kita tak perlu fikir. buat semak kepala. Jauh lagi perjalanan hidup kan? huhu.Tapi takpalah, ramai lagi kawan-kawan yang masih belum berkahwin kan. Love u olss!! tak sabar tunggu turn masing-masing :)



Jalan-Jalan Tahun Baru

Memang bukan nak sambut tahun baru. Tapi nak luangkan bersama kawan-kawan dengan sambutan tahun baru. Kalau setakat sambut tahun baru ni, dah rasa bosan. Mungkin zaman dulu jelah rasa excited nak tengok bunga api. Sekarang, kita sambut biarlah bermakna. Bersama kawan-kawan (tersenyum).

Mula-mula petang sebelum tahun baru, memang tak ada idealah nak pergi mana. Aku duduk dan minum bersama Ayin dan cikJUN. Masa tulah nak decide pergi mana. Memang ketandusan idea. So, kami just lepak jelah dekat NZ Garden berdepan KLCC. Hampir berapa jam jugaklah dekat situ dengan mencari idea untuk berjalan-jalan. Sementara menunggu idea tu datang, bergambar sekejap dan menunaikan kewajipan masing-masing. Tiba-tiba datang idea ke MELAKA. Yups! Melaka trips! huhu. Cuba buat keputusan, cuma aku dengan cik JUN je yang setuju. cikAZREEN teruskan destinasi dia.




Ok, keputusan ke MELAKA dibuat dan perjalanan diteruskan bersama cikJUN,Puspa,Alia,Zain a.k.a DaddyCOOL dan Mat Lemau (Harith). Belasah ke Melaka naik kereta Harith (Thanx la Harith!.. kereta kau je rase yang paling sesuai hee). kami bertolak lagi beberapa minit nak tahun baru. Tengok jugaklah bunga api sepanjang jalan di mrr2 huhu. Perjalanan di teruskan dan sampai dalam pukul 1 pagi. Mencari ikan bakar di Melaka.. haha berangan jelah. Duduk tepi kolam ikan adalah kan huhu.. Mencari makan di sebuah restoran di tengah-tengah Melaka Raya. Thanx la DaddyCOOL belanja kami makan yek!.



Sesi bergambar diteruskan di Melaka Town ok. Tapi kecewa sungguh bila semua bateri kamera dah habis. Sempat bergambar berlatarbelakangkan kapal besar di Melaka. Takpalah kan, asalkan ade gambar kite berjimba bersama!. Perjalanan diteruskan dengan melepak di McDonald Melaka dengan merasa McDonald Asam Pedas. Thanx again to DaddyCOOL!.





Sebenarnya nak balik awal sebab Alia nak kerja. Tapi dia pulak tak bagi sebabnya nak jumpa 'B' kesayangan. Lawak gila! Neves punya pasal. 'B' kesayangan Alia sarung Selipar Pink. Lupe gila nak snap gambar time tuh!. Sorry la Alia. Puspa memang tak reti cover line haha!.

Trip ke Melaka yang menyeronokkan walaupun masing-masing kempunan dengan ikan bakar. Takpelah Next time okay!. Thanx again n again to DaddyCOOL yang sponsor perjalanan kami. Love U olss! Muaacchhxxx!!



2010

Ya, blog ni dah lame wujud. cuma aku je yang tak pernah ada masa untuk menceritakan kehidupan seharian aku. Bila fikir balik, luahan cerita pada blog memang hebat. Kita boleh meluahkan segala apa yang terbuku dan rasa kat hati. Bermula tahun baru 2010, aku rasa aku nak cuba berkongsi semua kehidupan harian aku di blog ini.


"Selamat Tahun Baru 2010"











Wednesday, December 23, 2009

NurZawani Kahwin

Trip pergi Penang bersama cikSuzy, Ukie, Faiz and Me. Perjalanan yang seronoklah kan sebab nak pergi ke Majlis perkawninan NurZawani & Si Suami. Chantek Zawa time nih. Biaselah, dia dapat guna kan favourite colour dia 'Hijau'. Eh Zawa, at last kahwin juga kau eh. Macam-macam pengalaman dan dugaan kau dengan abang berchenta huhu. Oklah, ucapkan semoga berbahagia hingga akhir hayat dan dapat anak-anak yang comel macam 'Aunty2' Poly Mama dia huhu :)