Saturday, January 2, 2010

Jalan-Jalan Tahun Baru

Memang bukan nak sambut tahun baru. Tapi nak luangkan bersama kawan-kawan dengan sambutan tahun baru. Kalau setakat sambut tahun baru ni, dah rasa bosan. Mungkin zaman dulu jelah rasa excited nak tengok bunga api. Sekarang, kita sambut biarlah bermakna. Bersama kawan-kawan (tersenyum).

Mula-mula petang sebelum tahun baru, memang tak ada idealah nak pergi mana. Aku duduk dan minum bersama Ayin dan cikJUN. Masa tulah nak decide pergi mana. Memang ketandusan idea. So, kami just lepak jelah dekat NZ Garden berdepan KLCC. Hampir berapa jam jugaklah dekat situ dengan mencari idea untuk berjalan-jalan. Sementara menunggu idea tu datang, bergambar sekejap dan menunaikan kewajipan masing-masing. Tiba-tiba datang idea ke MELAKA. Yups! Melaka trips! huhu. Cuba buat keputusan, cuma aku dengan cik JUN je yang setuju. cikAZREEN teruskan destinasi dia.




Ok, keputusan ke MELAKA dibuat dan perjalanan diteruskan bersama cikJUN,Puspa,Alia,Zain a.k.a DaddyCOOL dan Mat Lemau (Harith). Belasah ke Melaka naik kereta Harith (Thanx la Harith!.. kereta kau je rase yang paling sesuai hee). kami bertolak lagi beberapa minit nak tahun baru. Tengok jugaklah bunga api sepanjang jalan di mrr2 huhu. Perjalanan di teruskan dan sampai dalam pukul 1 pagi. Mencari ikan bakar di Melaka.. haha berangan jelah. Duduk tepi kolam ikan adalah kan huhu.. Mencari makan di sebuah restoran di tengah-tengah Melaka Raya. Thanx la DaddyCOOL belanja kami makan yek!.



Sesi bergambar diteruskan di Melaka Town ok. Tapi kecewa sungguh bila semua bateri kamera dah habis. Sempat bergambar berlatarbelakangkan kapal besar di Melaka. Takpalah kan, asalkan ade gambar kite berjimba bersama!. Perjalanan diteruskan dengan melepak di McDonald Melaka dengan merasa McDonald Asam Pedas. Thanx again to DaddyCOOL!.





Sebenarnya nak balik awal sebab Alia nak kerja. Tapi dia pulak tak bagi sebabnya nak jumpa 'B' kesayangan. Lawak gila! Neves punya pasal. 'B' kesayangan Alia sarung Selipar Pink. Lupe gila nak snap gambar time tuh!. Sorry la Alia. Puspa memang tak reti cover line haha!.

Trip ke Melaka yang menyeronokkan walaupun masing-masing kempunan dengan ikan bakar. Takpelah Next time okay!. Thanx again n again to DaddyCOOL yang sponsor perjalanan kami. Love U olss! Muaacchhxxx!!



No comments: